Bot WhatsApp yang closing ikut gaya anda sendiri.
Anda tulis cara anda closing, macam ajar staff baru. Seposen layan customer ikut langkah itu, kira jumlah order dengan tepat, ambil order sampai customer sahkan, dan kejar customer yang senyap. Anda tak perlu pegang telefon sepanjang hari.
- Tanpa kad kredit
- Bot dipasang automatik masa daftar
- Berhenti bila-bila
Tengok bot Seposen closing ikut gaya kedai.
Kurang satu minit: cara set dalam 3 langkah, dan bukti bot ikut langkah yang pemilik kedai tulis sendiri.
Set dalam 3 langkah
Masukkan produk, tulis cara anda closing, sambung WhatsApp. Bot terus jalan.
Tanpa kad kredit. Chat bukti dalam video ialah balasan sebenar bot dalam workspace utama Seposen.
Dari soalan pertama sampai order disahkan, dalam satu chat.
Seposen ialah bot jualan untuk WhatsApp. Ia layan customer yang datang dari iklan anda, macam admin yang paling faham produk anda.
Customer tanya
Harga, cara guna, sesuai untuk siapa, pos ke Sabah.
Bot jawab ikut langkah anda
Langkah closing dan skrip yang anda tulis, dalam gaya kedai anda.
Bot ambil order
Nama, telefon dan alamat. Jumlah dikira oleh sistem.
Customer sahkan
Order terus masuk dashboard anda.
Langkah
Apa bot buat
Anda ajar sekali. Bot closing ikut cara anda.
Chatbot AI biasa jawab ikut gayanya sendiri: lembik bila customer kata mahal, dan cepat suruh customer jumpa doktor.
Dengan Seposen, anda tulis langkah closing macam ajar staff baru. Bot ikut langkah demi langkah, guna skrip anda, dan panggil customer ikut panggilan kedai anda.
- Funnel: langkah yang bot ikut, dari sapa customer sampai tutup jualan.
- Skrip: jawapan sedia untuk soalan dan bantahan yang selalu keluar.
- Testimoni dan gambar dihantar bila sesuai dengan masalah customer.
Kiri: contoh chatbot AI biasa. Kanan: balasan sebenar bot dalam workspace utama Seposen, ikut Funnel yang ditulis pemilik.
Jumlah order dikira sistem. AI tak reka nombor.
Anda tetapkan pos dan caj sekali sahaja dalam dashboard. Bila customer setuju beli, sistem kira jumlah ikut kawasan dan cara bayar, jadi customer tak dapat harga yang salah.
- Semenanjung atau Sabah & Sarawak
- COD atau bayar terus, setiap satu dengan caj sendiri
- Customer sahkan ringkasan sebelum order direkod
- Atau bot hantar link beli (bcl.my / Billplz) untuk customer bayar terus, sesuai untuk produk digital
Ringkasan order
Lepas order pun, bot terus uruskan.
Kerja admin yang berulang selepas customer setuju beli, semuanya dalam chat yang sama.
Resit bayaran
Customer hantar gambar atau PDF resit. Resit terus melekat pada order, anda sahkan dengan satu klik.
Status & tracking
Customer tanya "dah pos ke?", bot jawab dengan status dan nombor tracking.
Tukar alamat atau batal
Customer boleh buat terus dalam chat, tanpa tunggu admin.
Serah kepada admin
Bila customer minta cakap dengan orang, bot serahkan dan beri mesej tunggu.
Follow-up ikut langkah anda
Bot kejar customer yang senyap ikut langkah yang anda set, contoh 3 jam, 20 jam dan 3 hari. Bila customer balas, kiraan mula semula.
Profil pelanggan
Bot catat maklumat penting customer dari perbualan, supaya follow-up dan closing kena dengan orangnya.
Apa yang berbeza bila guna Seposen.
Dibina untuk peniaga yang menjual melalui WhatsApp, produk fizikal atau produk digital.
| Seposen | Chatbot AI umum | Admin manual | |
|---|---|---|---|
| Cara closing | Ikut langkah Funnel yang anda tulis | Ikut gaya AI sendiri | Ikut admin yang bertugas |
| Soalan kesihatan | Dijawab dari fakta dan skrip anda | Cepat suruh rujuk doktor | Ikut pengetahuan admin |
| Customer senyap | Dikejar ikut langkah follow-up anda | Tiada | Bergantung admin ingat |
| Jumlah order & caj COD | Dikira sistem ikut kawasan | Bergantung pada tetapan | Kira tangan |
| Order sampai tracking | Ringkasan, resit, status dalam chat | Sebahagian | Admin buat satu per satu |
| Mula guna | Bot dipasang masa daftar | Setup sendiri | Cari dan latih admin |
| Kos AI | Terus ke OpenAI, tiada kredit platform | Kredit atau token platform | Gaji admin |
Bot dipasang semasa anda daftar.
Tak perlu tunggu orang setup. Bot dipasang automatik, anda cuma isi produk dan cara anda closing.
- 1
Daftar
Bot dipasang automatik dan anda terus masuk dashboard.
- 2
Masukkan produk, tulis cara closing
Tampal link salespage untuk isi produk, kemudian tulis langkah Funnel dalam bahasa anda sendiri.
- 3
Sambung OpenAI dan WhatsApp
Masukkan kunci OpenAI di Tetapan, kemudian sambung WhatsApp Cloud API melalui log masuk Facebook.
- 4
Live, ubah bila-bila
Bot terus layan customer. Ubah Funnel, skrip atau follow-up dari dashboard bila-bila masa.
Mula percuma. Pilih pelan bila bot dah jalan.
3 hari percuma sehingga 200 active users, tanpa kad kredit.
- Bot closing ikut Funnel dan skrip anda
- Ambil order dengan jumlah dikira sistem
- Link beli bcl.my / Billplz untuk bayar terus
- Resit, status dan tracking dalam chat
- Follow-up ikut langkah anda
- Serah kepada admin bila perlu
- Dashboard order, pelanggan dan Funnel
Kos AI dibayar terus kepada OpenAI menggunakan kunci anda sendiri, pada harga asal OpenAI. Langganan dibayar dengan kad melalui Stripe. Boleh berhenti bila-bila, tiada kontrak.
Soalan yang selalu ditanya.
Perlu pandai teknikal?
Tidak. Bot dipasang semasa anda daftar. Anda cuma masukkan produk, tulis cara anda closing dalam bahasa biasa, masukkan kunci OpenAI, dan sambung WhatsApp.
Bot akan cakap benda yang saya tak tulis?
Bot ikut langkah Funnel dan skrip anda, dan jawab dari fakta produk yang anda isi. Harga dan jumlah order sentiasa dikira oleh sistem. Kes yang bot tak boleh selesaikan diserahkan kepada admin dan masuk senarai dalam dashboard.
Boleh ubah gaya bot?
Boleh. Ubah langkah Funnel, skrip, panggilan customer (contoh cik, bos, tuan) dan follow-up dalam dashboard. Bot guna tetapan baru untuk perbualan seterusnya.
Boleh jual produk digital?
Boleh. Letak link beli (contoh bcl.my atau Billplz) pada produk. Bila customer setuju beli, bot hantar link itu untuk customer pilih pakej dan bayar terus, tanpa minta alamat atau kira pos.
Kos OpenAI macam mana?
Anda bayar terus kepada OpenAI ikut penggunaan, menggunakan kunci anda sendiri. Seposen tak tambah caj di atasnya.
Sambungan WhatsApp macam mana?
Melalui WhatsApp Cloud API dengan log masuk Facebook, menggunakan nombor bisnes rasmi Meta.
Customer hantar gambar atau nak cakap dengan orang?
Bot serahkan kepada admin dan beri customer mesej tunggu. Kes tersebut masuk senarai dalam dashboard.
Lepas 3 hari apa jadi?
Anda pilih pelan PLUS, PRO atau Business dan bayar dengan kad. Boleh berhenti bila-bila, tiada kontrak.
Biar cara closing anda yang menjual, walaupun anda tak pegang telefon.
Cuba Seposen pada produk anda sendiri selama 3 hari.
Cuba Percuma 3 Hari- Tanpa kad kredit
- Berhenti bila-bila
